Friday, December 18, 2009

Aktiviti 1: Ulasan Buku

Tajuk buku: Action Research Essentials
Organizing,Coding and Analyzing Qualitative Data
Pengkaji memulakan dengan masalah mengenal pasti dan pengumpulan maklumat. Daripada itu, maklumat telah diorganisasikan kepada literature review. Selepas itu, pengkaji akan melihat tema dan jenis (pattern). Hipotesis dan soalan kajian atau overarching question adalah membangun dan penemuan. Penyoalan semula dan refined semasa dan permulaan. Akhirnya, penemuan digunakan untuk pemeriksaan lanjutan dan meningkatkan latihan.
Collecting and analyzing data
Pengumpulan dan Analisis data
Kuantitatif
  • Analisis dan membuat kesimpulan
  • Persembahan penumpuan (present findings)

Kualitatif

  • Kumpul sebelum dan selepas pengajaran
  • Analisis ujian akan berlaku selepas sesuatu pengumpulan dilakukan
  • Boleh diperolehi semasa kajian dilakukan
  • Bagi melihat kewujudan soalan dan menentukan jika ada soalan tambahan
  • Memerlukan masa yang panjang
  • berterusan

Tiga jenis data analisi kualitatif:

1)reporting (laporan)-melaporkan

2)descriptive reality (bersifat menghurai)-kajian menguruskan banyak set data analisis sistematik

3)grounded theory ( teori asas)-memerlukan pengkaji untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi untuk analisa

Pengurusan Data(Organizing Data)

Berikut merupakan penukaran data kepada analisis data:

1)transcribing: nota ,audiotapes dan videotapes menyalin semula kepada cetakan

2)Simple coding/Kod ringkas: menggunakan kod yang ringkas untuk penyalinan

3)Dating/tarikh: Sebelum membuat fotokopi , tarikh perlu ditulis

4)Copying/Menyalin: Apabila transkip sudah siap, pengkaji memerlukan membuat fotokopi untuk semua transkip

5)Artifacts/artifak: Apabila membuat artifak pastikan mempunyai salinan

6)Memos/memo: Jika merekodkan apa-apa memo diluar daripada jurnal, memerlukan menulis tarikh

Revising the triangulation matrix

Matrik triangulation menyediakan rangka kerja organisasi di dalam data kemungkinan susunan dan selari dengan soalan overarching.

Selepas itu menyemak individu set data dan subset.Ini adalah untuk memastikan kesemua data adalah betul. Penemuan dan carta subsetting (discovery dan subsetting charts) yang membolehkan mewujudkan hubungan antara data set dan subsets. Apabila carta itu sudah selesai, ia akan dibezakan dengan matrik triangulation. Ini adalah untuk pengesahan kepada kajian tindakan. Tema dan jenis (Patterns and Themes) akan dilakukan semasa subsetting.

Coding and Analyzing

Koding dan Penilaian

Koding adalah peringkat yang menarik dalam data analisis. Koding melibatkan penyemakan lanjutan kepada data dan subdata dan organisasi, manipulate, disecting dan hubungan maklumat baagi membentuk gambaran yang rumit pada sesuatu fenomena.

Coding processes and types of coding

Terlibat dalam 3 proses iaitu:

open coding- data tersebut telah dipecah-pecahkan,penyemakan,perbezaan dan kategori

selective coding-memerlukan pengkaji mengenalpasti kategori utama

axial coding-membolehkan pengkaji meletakkan data semula dengan membuat hubungan yang bermakna antara kategori

Friday, December 4, 2009

TUGASAN 4: AKTIVITI 13

a) Teori -teori ,strategi, kaedah yang boleh digunakan /diadaptasikan bagi setiap masalah
Teori konstruktiviti
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

KERANGKA OPERASIONAL


Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.

KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari.

Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji.

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah yang digunakan oleh guru.

TUGASAN 3: AKTIVITI 12 KOLOKIUM

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian.

Masalah

TUGASAN 2: AKTIVITI 11