Monday, November 23, 2009
TUGASAN 4: AKTIVITI 7 (MINI KT)
Sunday, November 22, 2009
TUGASAN 4: AKTIVITI 6 (KAJIAN TINDAKAN MINI)
Friday, November 20, 2009
TUGASAN 4 MINI KT: AKTIVITI 5 (Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT)
1)Menambah ilmu pengetahuan
2)Membantu dalam menambah pengalaman sebagai guru novis
3)Penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
4)Supaya guru novis dapat mencari kaedah yang terbaik semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran
5)Menolong guru novis dalam mengetahui punca masalah sebenar yang dihadapi oleh sekolah semasa menjalankan kajian tindakan
6) Melahirkan guru novis yang menerapkan pengajaran sepanjang hayat
Tujuan kami memilih tajuk mini kajian ini ialah:
1) Menarik minat pelajar dalam p&p
2) Mempelbagaikan BBM
3) Mewujudkan suasana yang proaktif dalam kelas
4) Menggalakkan proses pembelajaran melalui pelbagai medium baru
TUGASAN 4: AKTIVITI 4 MINI KAJIAN TINDAKAN
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN MIKRO YANG MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM P&P
- Kumpulan kami memilih tajuk penggunaan kaedah permainan dan video dalam p&p
Tujuan kami memilih tajuk mini kajian ini ialah:
1) Menarik minat pelajar dalam p&p
2) Mempelbagaikan BBM
3) Mewujudkan suasana yang proaktif dalam kelas
4) Menggalakkan proses pembelajaran melalui pelbagai medium baru
- Peserta kajian kami adalah pelajar DPLI UKM Ambilan Julai 2009
- Setting kajian kami adalah dalam kelas pengajaran mikro
Saturday, November 14, 2009
TUGASAN 3:AKTIVITI 3 KOLOKIUM
MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)
Kaedah ini sangat sesuai dijalankan kerana ia membantu pelajar daripada terus mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar. Kajian tindakan yang dilakukan ini sangat berkesan kerana ia akan meningkatkan kefahaman serta penguasaan pelajar dalam kelas bagi menguasai sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Ia berbeza daripada sesi kuliah atau penerangan daripada guru. Oleh itu, pelajar tidak akan cepat bosan serta akan memberi sepenuh perhatian kepada pelajar.
Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif yang dijalankan keatas pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan dapat meningkatkan keyakinan dan menarik minat pelajar perempuan dalam kefahaman pendidikan kesihatan. Pelajar akan lebih berani mengeluarkan idea dan pendapat serta menyelesaikan masalah mengenai isu-isu berkaitan kewanitaan, kesihatan dan keselamatan terutamanya kepada kaum hawa. Kajian tindakan ini membantu pelajar dalam meningkatkan daya kemahiran berfikir dan melontarkan idea-idea yang bernas bagi membantu masalah kaum hawa khususnya.
Friday, November 13, 2009
TUGASAN 3: LAPORAN KOLOKIUM (INDIVIDU)
- Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan?
- Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar?
- Adakah kaedah pembelajaran koperatif juga dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah?
2) Metodologi
1) Rancang- melalui RPH dan perbincangan
2) Laksana - melalui kaedah pembelajaran koperatif (70 minit/sesi), sampel 25-35 orang pelajar perempuan sahaja
3) Pengumpulan dan analisis data- pemerhatian dicatatkan dalam RPH seperti penglibatan pelajar dalam sesuatu kumpulan, hasil temubual daripada soalan berstruktur dan tidak berstruktur, kerja kumpulan dan refleksi dan penilaian
Kebaikan :
1)Mendapat jawapan yang terus
2)Mendapat respon yang tepat
Kelemahan:
1)Responden kurang memahami soalan
4) Refleksi & penambahbaikan -menggunakan kata kunci membantu pelajar lemah, banyakkan isu kecantikan dan kesihatan wanita, pedebatan "berkahwin lebih baik daripada hidup membujang" serta tunjukkan video berkaitan isu kesihatan.
A) Tempoh temubual dipanjangkan
3) Implikasi kajian
A) Kajian ini meningkatkan minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 pada pendidikan kesihatan.
B) Kajian ini menambah keyakinan diri dalam kalangan pelajar semasa pembentangan hasil kerja berkumpulan
C) Menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah
4) Hasil dapatan
i) Kepelbagaian kaedah mengikut kemampuan penerimaan pelajar adalah perlu bagi mengelakkan pelajar bosan didalam kelas
ii) Kawalan kelas adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajran dan pembelajaran.
Thursday, November 12, 2009
TUGASAN 3: LAPORAN KOLOKIUM (INDIVIDU)
•Adakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
•Adakah penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas?
2) metodologi, setting kajian, sampel kajian
Rancang- Dilaksanakan secara kolaboratif di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Laksana-Kumpulan sasaran: 38 orang (21 orang tingkatan 4, 17orang tingkatan 1)
3)Pengumpulan dan penganalisan data
- Melalui pemerhatian samada pelajar itu mengantuk atau tidak memberi tumpuan
- Soal selidik kepada pelajar samada guru mereka pernah menggunakan video sebagai bahan mengajar serta kekerapannya
- Temubual,kuiz dan penilaian kendiri
Kelemahan
1)Video tidak menarik
2)Pelajar tidak dapat memberi tumpuan
kebaikan
1) Video adalah menarik jika kesesuaian dengan subjek diajar
2)Pelajar akan memberi tumpuan
4)Reflek- Rancang- Bertindak-Memantau
Penambahbaikan:
1)Video dapat dijadikan sebagai set induksi kerana ia adalah abm yang menarik perhatian pelajar
2)Rancang masa adalah perlu
3)Temubual harus dilakukan sebaik sahaja sesi pengajaran selesai
5)Implikasi kajian
- Dalam pemerhatian, pelajar seronok apabila tayangan video ditayangkan serta memberi tumpuan dan aktif dalam perbincangan
- Melalui penayangan video didapati pelajar mudah memahami sesuatu pelajaran dan menambah minat untuk belajar
- Keputusan kuiz turut juga meningkat dalam subjek pendidikan islam dan biologi.
6) Hasil dapatan
- Tayangan video adalah salah satu pendekatan yang tidak memboringkan dan dapat meningkatkan perhatian pelajar
- Video perlulah dalam keadaan yang jelas dari segi suara, gambar serta isi kandungan bagi tayangan kepada pelajar
- Tayangan video perlulah dilimitkan supaya pelajar tidak mudah leka dan memudahkan guru untuk mengawal keadaan kelas