Saturday, November 14, 2009

TUGASAN 3:AKTIVITI 3 KOLOKIUM



MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)

Kaedah ini sangat sesuai dijalankan kerana ia membantu pelajar daripada terus mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar. Kajian tindakan yang dilakukan ini sangat berkesan kerana ia akan meningkatkan kefahaman serta penguasaan pelajar dalam kelas bagi menguasai sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Ia berbeza daripada sesi kuliah atau penerangan daripada guru. Oleh itu, pelajar tidak akan cepat bosan serta akan memberi sepenuh perhatian kepada pelajar.


Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif yang dijalankan keatas pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan dapat meningkatkan keyakinan dan menarik minat pelajar perempuan dalam kefahaman pendidikan kesihatan. Pelajar akan lebih berani mengeluarkan idea dan pendapat serta menyelesaikan masalah mengenai isu-isu berkaitan kewanitaan, kesihatan dan keselamatan terutamanya kepada kaum hawa. Kajian tindakan ini membantu pelajar dalam meningkatkan daya kemahiran berfikir dan melontarkan idea-idea yang bernas bagi membantu masalah kaum hawa khususnya.


No comments:

Post a Comment