Sunday, November 22, 2009

TUGASAN 4: AKTIVITI 6 (KAJIAN TINDAKAN MINI)

" KAEDAH PERMAINAN DAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN'
Kekuatan pengajaran -pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :
1) Pengalaman secara individu:
Norjannatun Hamzah:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran sejarah dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam isi pengajaran subjek tersebut.
Norhazlinda Mohamed Yusoff:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam subjek sains dapat membantu meningkatkan minat para pelajar terhadap hipotesis-hipotesis eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains.
Mohd Arshad Yahya:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran geografi dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap proses-proses yang berlaku di muka bumi seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Pelajar dapat melihat dengan lebih jelas melalui proses visualisasi dan bukan menerusi imaginasi.
2) Pengalaman secara pasukan:
Penggunaan video dan permainan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan menarik. Selain itu, pelajar juga akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menguasai isi pengajaran tersebut.
3) Pengalaman dari rakan-rakan dalam pasukan yang lain:
Dari kumpulan husnan: Meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan mengenai konsep yang diajar/dipelajari

No comments:

Post a Comment