Friday, December 18, 2009

Aktiviti 1: Ulasan Buku

Tajuk buku: Action Research Essentials
Organizing,Coding and Analyzing Qualitative Data
Pengkaji memulakan dengan masalah mengenal pasti dan pengumpulan maklumat. Daripada itu, maklumat telah diorganisasikan kepada literature review. Selepas itu, pengkaji akan melihat tema dan jenis (pattern). Hipotesis dan soalan kajian atau overarching question adalah membangun dan penemuan. Penyoalan semula dan refined semasa dan permulaan. Akhirnya, penemuan digunakan untuk pemeriksaan lanjutan dan meningkatkan latihan.
Collecting and analyzing data
Pengumpulan dan Analisis data
Kuantitatif
  • Analisis dan membuat kesimpulan
  • Persembahan penumpuan (present findings)

Kualitatif

  • Kumpul sebelum dan selepas pengajaran
  • Analisis ujian akan berlaku selepas sesuatu pengumpulan dilakukan
  • Boleh diperolehi semasa kajian dilakukan
  • Bagi melihat kewujudan soalan dan menentukan jika ada soalan tambahan
  • Memerlukan masa yang panjang
  • berterusan

Tiga jenis data analisi kualitatif:

1)reporting (laporan)-melaporkan

2)descriptive reality (bersifat menghurai)-kajian menguruskan banyak set data analisis sistematik

3)grounded theory ( teori asas)-memerlukan pengkaji untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi untuk analisa

Pengurusan Data(Organizing Data)

Berikut merupakan penukaran data kepada analisis data:

1)transcribing: nota ,audiotapes dan videotapes menyalin semula kepada cetakan

2)Simple coding/Kod ringkas: menggunakan kod yang ringkas untuk penyalinan

3)Dating/tarikh: Sebelum membuat fotokopi , tarikh perlu ditulis

4)Copying/Menyalin: Apabila transkip sudah siap, pengkaji memerlukan membuat fotokopi untuk semua transkip

5)Artifacts/artifak: Apabila membuat artifak pastikan mempunyai salinan

6)Memos/memo: Jika merekodkan apa-apa memo diluar daripada jurnal, memerlukan menulis tarikh

Revising the triangulation matrix

Matrik triangulation menyediakan rangka kerja organisasi di dalam data kemungkinan susunan dan selari dengan soalan overarching.

Selepas itu menyemak individu set data dan subset.Ini adalah untuk memastikan kesemua data adalah betul. Penemuan dan carta subsetting (discovery dan subsetting charts) yang membolehkan mewujudkan hubungan antara data set dan subsets. Apabila carta itu sudah selesai, ia akan dibezakan dengan matrik triangulation. Ini adalah untuk pengesahan kepada kajian tindakan. Tema dan jenis (Patterns and Themes) akan dilakukan semasa subsetting.

Coding and Analyzing

Koding dan Penilaian

Koding adalah peringkat yang menarik dalam data analisis. Koding melibatkan penyemakan lanjutan kepada data dan subdata dan organisasi, manipulate, disecting dan hubungan maklumat baagi membentuk gambaran yang rumit pada sesuatu fenomena.

Coding processes and types of coding

Terlibat dalam 3 proses iaitu:

open coding- data tersebut telah dipecah-pecahkan,penyemakan,perbezaan dan kategori

selective coding-memerlukan pengkaji mengenalpasti kategori utama

axial coding-membolehkan pengkaji meletakkan data semula dengan membuat hubungan yang bermakna antara kategori

Friday, December 4, 2009

TUGASAN 4: AKTIVITI 13

a) Teori -teori ,strategi, kaedah yang boleh digunakan /diadaptasikan bagi setiap masalah
Teori konstruktiviti
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

KERANGKA OPERASIONAL


Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.

KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari.

Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji.

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah yang digunakan oleh guru.

TUGASAN 3: AKTIVITI 12 KOLOKIUM

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian.

Masalah

TUGASAN 2: AKTIVITI 11

Wednesday, November 25, 2009

TUGASAN 4:AKTIVITI 10(KENALPASTI MASALAH KAJIAN)

APAKAH ISU YANG MENJADI LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN?

LAKUKAN ANALISIS SWOT
  • Strenghts (kekuatan)(l/belakang kajian kt)
  1. Menarik perhatian pelajar dalam memberikan tumpuan semasa p&p
  2. Membantu dalam tercapai objektif semasa p&p
  3. Pelajar akan bersemangat dan berlumba-lumba untuk menjadi pro-aktif dalam kelas
  • Weakness (kelemahan) (isu-l/belakang kt)
  1. Jangka masa yang pendek dalam menjalankan kajian ini
  2. Pemilihan video yang bersesuaian dengan pelajar dan p&p
  • Opportunity (peluang) (cadangan mengatasi masalah,penyataan masalah)
  1. Jangka masa yang panjang dalam menjalankan kajian ini
  2. Pemilihan video yang singkat dan padat mempu menarik perhatian pelajar
  • Threat (ancaman /batasan) (batasan/halangan)
  1. Kurang kemudahan untuk penayangan video
  2. Kekangan masa untuk mengaplikasikan kaedah ini

Tuesday, November 24, 2009

TUGASAN 4: AKTIVITI 9 (KAJIAN TINDAKAN MINI DALAM PASUKAN)

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN (SATU AYAT /PENYATAAN UMUM APA YANG HENDAK DICAPAI DI AKHIR KAJIAN)

Matlamat kajian tindakan ini ialah untuk meningkatkan minat pelajar dalam menghayati dan menguasai sesuatu isi pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Selain itu, ilmu pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

BENTUK OBJEKTIF KAJIAN

  • Mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.
  • Menilai pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video dan permainan dijalankan.
  • Meneroka bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P.

BENTUK SOALAN KAJIAN

  • Bagaimanakah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
  • Adakah pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video
  • Bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P?

Monday, November 23, 2009

TUGASAN 4: AKTIVITI 8 MINI KT

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran - pengajaran subjek:

1) cadangan secara individu

Norjannatun bt Hamzah
Pengajaran sejarah haruslah dipelbagaikan dan teknik menghayati dan mengingati fakta yang terkandung dalam isi pengajaran. Selain itu, gaya penyampaian guru juga perlu berkesan agar penumpuan dan fokus kelas tidak tersasar.

Norhazlinda binti Mohamed Yusoff
Bagi mengatasi masalah pembelajaran sains, guru perlu memastikan teknik penyampaian yang lebih efektif selain mempelbagaikan kaedah mengajar dan BBM dalam pengajaran.

Mohd Arshad bin Yahya.
Bagi mengatasi kelemahan dalam pengajaran subjek geografi, peranan institusi-institusi yang berkaitan seperti Pusat Sains Negara perlu dimanipulasi sepenuhnya oleh guru bagi tujuan P & P. Hal ini bagi memberi pengalaman sebenar kepada pelajar untuk merasai sendiri bagaimana proses-proses bumi berlaku.

2) Cadangan dalam pasukan:
Kelemahan dalam pengajaran tersebut dapat diselesaikan menerusi kepelbagaian teknik pengajaran bergantung kepada keadaan persekitaran. Keadaan persekitaran meliputi pelajar dan juga kelas. Sebagai tambahan, kaedah pengajaran guru perlu menekankan aspek pemusatan pelajar berbanding pemusatan guru.

3) Cadangan dari luar pasukan.

TUGASAN 4: AKTIVITI 7 (MINI KT)

Kelemahan pengajaran - pengajaran subjek tersebut
1) Pengalaman secara individu:
Norjannatun bt Hamzah
Sejarah membosankan kerana lebih banyak melibatkan kaedah syarahan. Hal ini kerana sejarah mengandungi pelbagai fakta yang perlu diingati dan dikuasai.
Norhazlinda Bt Mohamed Yusoff
Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.
Mohd Arshad bin Yahya
Guru lebih banyak menggunakan kaedah talk and chalk berbanding kaedah video yang lebih praktikal iaitu murid dapat melihat sendiri bagaimana proses-proses di bumi berlaku.
2) Pengalaman dalam pasukan:
Kami berpendapat bahawa kelemahan sesuatu P&P adalah disebabkan oleh kurangnya daya kreativiti khususnya dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Misalnya guru lebih banyak menumpukan kepada kaedah papan hitam semata-mata berbanding memanipulasi faktor-faktor persekitaran lain.
3) Pengalaman luar pasukan:
Penggunaan video pada permulaannya menyeronokkan, tetapi tayangan tersebut terlalu lama, pelajar akan menjadi bosan terutamanya jika video tersebut mengenai sesuatu yang skema. Dari aspek kaedah permainan pula, masalah dihadapi dari segi pengawalan kelas dan sukar untuk mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak konsep yang dipelajari.

Sunday, November 22, 2009

TUGASAN 4: AKTIVITI 6 (KAJIAN TINDAKAN MINI)

" KAEDAH PERMAINAN DAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN'
Kekuatan pengajaran -pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :
1) Pengalaman secara individu:
Norjannatun Hamzah:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran sejarah dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam isi pengajaran subjek tersebut.
Norhazlinda Mohamed Yusoff:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam subjek sains dapat membantu meningkatkan minat para pelajar terhadap hipotesis-hipotesis eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains.
Mohd Arshad Yahya:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran geografi dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap proses-proses yang berlaku di muka bumi seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Pelajar dapat melihat dengan lebih jelas melalui proses visualisasi dan bukan menerusi imaginasi.
2) Pengalaman secara pasukan:
Penggunaan video dan permainan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan menarik. Selain itu, pelajar juga akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menguasai isi pengajaran tersebut.
3) Pengalaman dari rakan-rakan dalam pasukan yang lain:
Dari kumpulan husnan: Meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan mengenai konsep yang diajar/dipelajari

Friday, November 20, 2009

TUGASAN 4 MINI KT: AKTIVITI 5 (Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT)

Apakah maksud guru novis?
Guru novis ialah guru yang serba baru dalam profesion perguruan.Mereka bukan sahaja baru dalam perkhidmatan, juga baru dalam aspek pengajaran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran kelas, pelajar dan sebagainya.
MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu menjalankan kajian tindakan?


1)Menambah ilmu pengetahuan

2)Membantu dalam menambah pengalaman sebagai guru novis

3)Penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran

4)Supaya guru novis dapat mencari kaedah yang terbaik semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran

5)Menolong guru novis dalam mengetahui punca masalah sebenar yang dihadapi oleh sekolah semasa menjalankan kajian tindakan

6) Melahirkan guru novis yang menerapkan pengajaran sepanjang hayat

Tujuan kami memilih tajuk mini kajian ini ialah:
1) Menarik minat pelajar dalam p&p
2) Mempelbagaikan BBM
3) Mewujudkan suasana yang proaktif dalam kelas
4) Menggalakkan proses pembelajaran melalui pelbagai medium baru

TUGASAN 4: AKTIVITI 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN MIKRO YANG MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM P&P

  • Kumpulan kami memilih tajuk penggunaan kaedah permainan dan video dalam p&p

Tujuan kami memilih tajuk mini kajian ini ialah:

1) Menarik minat pelajar dalam p&p

2) Mempelbagaikan BBM

3) Mewujudkan suasana yang proaktif dalam kelas

4) Menggalakkan proses pembelajaran melalui pelbagai medium baru

  • Peserta kajian kami adalah pelajar DPLI UKM Ambilan Julai 2009
  • Setting kajian kami adalah dalam kelas pengajaran mikro

Saturday, November 14, 2009

TUGASAN 3:AKTIVITI 3 KOLOKIUM



MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)

Kaedah ini sangat sesuai dijalankan kerana ia membantu pelajar daripada terus mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar. Kajian tindakan yang dilakukan ini sangat berkesan kerana ia akan meningkatkan kefahaman serta penguasaan pelajar dalam kelas bagi menguasai sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Ia berbeza daripada sesi kuliah atau penerangan daripada guru. Oleh itu, pelajar tidak akan cepat bosan serta akan memberi sepenuh perhatian kepada pelajar.


Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif yang dijalankan keatas pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan dapat meningkatkan keyakinan dan menarik minat pelajar perempuan dalam kefahaman pendidikan kesihatan. Pelajar akan lebih berani mengeluarkan idea dan pendapat serta menyelesaikan masalah mengenai isu-isu berkaitan kewanitaan, kesihatan dan keselamatan terutamanya kepada kaum hawa. Kajian tindakan ini membantu pelajar dalam meningkatkan daya kemahiran berfikir dan melontarkan idea-idea yang bernas bagi membantu masalah kaum hawa khususnya.


Friday, November 13, 2009

TUGASAN 3: LAPORAN KOLOKIUM (INDIVIDU)

Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembelajaran koperatif
1)Penyataan masalah

  • Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan?
  • Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar?
  • Adakah kaedah pembelajaran koperatif juga dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah?

2) Metodologi

1) Rancang- melalui RPH dan perbincangan

2) Laksana - melalui kaedah pembelajaran koperatif (70 minit/sesi), sampel 25-35 orang pelajar perempuan sahaja

3) Pengumpulan dan analisis data- pemerhatian dicatatkan dalam RPH seperti penglibatan pelajar dalam sesuatu kumpulan, hasil temubual daripada soalan berstruktur dan tidak berstruktur, kerja kumpulan dan refleksi dan penilaian

Kebaikan :

1)Mendapat jawapan yang terus

2)Mendapat respon yang tepat

Kelemahan:

1)Responden kurang memahami soalan

4) Refleksi & penambahbaikan -menggunakan kata kunci membantu pelajar lemah, banyakkan isu kecantikan dan kesihatan wanita, pedebatan "berkahwin lebih baik daripada hidup membujang" serta tunjukkan video berkaitan isu kesihatan.

A) Tempoh temubual dipanjangkan

3) Implikasi kajian

A) Kajian ini meningkatkan minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 pada pendidikan kesihatan.

B) Kajian ini menambah keyakinan diri dalam kalangan pelajar semasa pembentangan hasil kerja berkumpulan

C) Menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah

4) Hasil dapatan

i) Kepelbagaian kaedah mengikut kemampuan penerimaan pelajar adalah perlu bagi mengelakkan pelajar bosan didalam kelas

ii) Kawalan kelas adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajran dan pembelajaran.

Thursday, November 12, 2009

TUGASAN 3: LAPORAN KOLOKIUM (INDIVIDU)

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)
1) Penyataan masalah

•Adakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
•Adakah penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas?

2) metodologi, setting kajian, sampel kajian

Rancang- Dilaksanakan secara kolaboratif di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Laksana-Kumpulan sasaran: 38 orang (21 orang tingkatan 4, 17orang tingkatan 1)

3)Pengumpulan dan penganalisan data

  • Melalui pemerhatian samada pelajar itu mengantuk atau tidak memberi tumpuan
  • Soal selidik kepada pelajar samada guru mereka pernah menggunakan video sebagai bahan mengajar serta kekerapannya
  • Temubual,kuiz dan penilaian kendiri

Kelemahan

1)Video tidak menarik

2)Pelajar tidak dapat memberi tumpuan

kebaikan

1) Video adalah menarik jika kesesuaian dengan subjek diajar

2)Pelajar akan memberi tumpuan

4)Reflek- Rancang- Bertindak-Memantau

Penambahbaikan:

1)Video dapat dijadikan sebagai set induksi kerana ia adalah abm yang menarik perhatian pelajar

2)Rancang masa adalah perlu

3)Temubual harus dilakukan sebaik sahaja sesi pengajaran selesai

5)Implikasi kajian

  • Dalam pemerhatian, pelajar seronok apabila tayangan video ditayangkan serta memberi tumpuan dan aktif dalam perbincangan
  • Melalui penayangan video didapati pelajar mudah memahami sesuatu pelajaran dan menambah minat untuk belajar
  • Keputusan kuiz turut juga meningkat dalam subjek pendidikan islam dan biologi.

6) Hasil dapatan

  • Tayangan video adalah salah satu pendekatan yang tidak memboringkan dan dapat meningkatkan perhatian pelajar
  • Video perlulah dalam keadaan yang jelas dari segi suara, gambar serta isi kandungan bagi tayangan kepada pelajar
  • Tayangan video perlulah dilimitkan supaya pelajar tidak mudah leka dan memudahkan guru untuk mengawal keadaan kelas

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1: AKTIVITI 1 ULASAN BUKU

TAJUK BUKU: ACTION RESEARCH ESSENTIAL

APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan (individu)?
Kajian tindakan ialah satu pendedahan bagi memperbaiki dan meningkatkan pedidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan sendiri, kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan tersebut ke arah yang lebih baik.

APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan (Kumpulan)?
Kajian tindakan ialah suatu proses iaitu pengkaji cuba mengkaji sesuatu masalah dalam usaha untuk memperbaiki kaedah amalan yang diamalkan dalam sesebuah organisasi. Dengan kata lain, sebagai seorang pengkaji mereka perlu bersifat kritikal dan fleksibel iaitu peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS:KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.

Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”
Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them"



Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.
Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.



MODEL KAJIAN TINDAKAN
Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
Daripada di atas, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Seterusnya, guru perlu menyediakan pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1). Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru perlu membuat refleksi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan metilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.






Model Kajian Tindakan (Ebbut, 1985)
Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

TUGASAN KELAS:10 SEBAB PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN

1. Membaiki pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
2. Bagi mencari kaedah terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran
3. Bagi menjadikan kerjaya guru menarik
4. Melahirkan guru yang komited dan bersungguh-sungguh
5. Mewujudkan suasana kreatif dan kritis dalam membuat kajian tindakan
6.Memberikan peluang guru untuk meneruskan pendidikan sepanjang hayat
7. Bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh sesuatu pengajaran
8. Supaya dapat memikirkan strategi penyelesaian masalah
9. Sebagai bahan rujukan kepada masyarakat, sekolah dan guru yang lain
10. Menjadikan pendidikan di Malaysia lebih berkualiti dan bermutu